ChickBae Garlic Bread

8:59 AM

#CHICKBAE GARLIC BREAD
- tiada garam tambahan, #saltbae boleh tutup kedai.


Recipe yang simple tapi sedap gila. Refer video #chickbae untuk bagi lagi sedap.
BAHAN - BAHAN
1. Daging ayam
2. Cheese mozzarella
3. Baguette
4. Tepung jagung
5. Tepung tempura (bread crumbs lebih baik)
6. Telur
7. Butter (cairkan)
8. Cheese parmesan
9. Parsley
10. Bawang putih (kisar)
11. Sos spaghetti

KAEDAH
1. Salut daging ayam dengan tepung tempura, telur & tepung jagung.


2. Goreng sehingga garing.
3. Tebuk roti baguette untuk ruang meletakkan daging ayam.
4. Balut ayam dengan kepingan mozzarella.
5. Sumbat baguette dengan ayam + mozzarella.
6. Campurkan butter + parsley + bawang putih + parmesan. Gaulkan sehingga sebati.
7. Lumurkan roti baguette dengan campuran tadi.

8. Balut dengan aluminium foil. Letakkan dalam ketuhar pada suhu 175°C selama 20 minit.
9. Panaskan sos spaghetti untuk dicicah bersama roti.
Kalau tak faham juga, boleh PM. No worries.
MOfrust
#makandoctor
Nak masak pun kena bergaya

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook