MISIKU KE DISNEY: AirBnB

8:55 AM

Kos sara hidup di Hong Kong memang agak mahal. Di Malaysia, walaupun namanya hotel budget, saiz bilik masih luas. Tapi di Hong Kong, setiap inci ruangan adalah amat berharga. Harga untuk satu lot tempat kereta pun boleh sampai berjuta dolar. A decent hotel di Hong Kong bermula dari RM 300 ke atas, semalam. Kalau nak murah lagi cuba check hostel. Pada tahun 2012, aku ada book bilik untuk dua orang melalui Hostel World dengan harga RM 220 semalam. Lokasi di tengah bandar (Wan Chai) tapi memang kecil gila biliknya. Cukup - cukup untuk tidur.


Masa tahun 2012 badan fit sikit. Boleh la muat berdua.

Tandas yang cukup - cukup je ruang
Untuk lawatan kali ini, aku memilih perkhidmatan AirBnB. Kenapa AirBnB?
1. Kos yang lebih murah berbanding di hotel.
2. Sesuai untuk kumpulan yang ramai.
3. Unit - unit AirBnB biasanya lengkap dengan tempat memasak, mesin basuh dan peti sejuk.
4. Rasa lebih feeling di suatu tempat. Live like the locals do.

Unit yang kami book terletak di Tsim Sha Tsui yang dikendali oleh Sean

HOST AirBnB

Pemilik atau pengendali AirBnB dipanggil host manakala penyewa adalah guest. Cara yang paling mudah dan berkesan untuk ketahui samada host dan unit tersebut adalah OK atau tak adalah dengan browse comment section. Tengok dulu apa yang orang lain katakan mengenai host tersebut. 

Sean adalah host yang cool dan baik. Bila kita send message, laju je dia reply. Dia jawab pun dengan terus terang. Kalau rumah tu kecil, dia terus terang kata kecil. Takde nak berpura - pura rumah besar konon. Lagi satu aku suka pasal Sean adalah system yang dia pakai.

Lepas book je, dia terus buka satu WhatsApp group untuk trip tu. Dalam WhatsApp group, boleh tanya dia apa saja pasal Hong Kong. Bas apa nak ambil, tempat mana boleh beli barang makan dan sebagainya. 

Beberapa hari sebelum tiba, Sean akan email dan beritahu cara untuk masuk ke unit tersebut. Yang menarik mengenai system nya adalah, pintu di kunci secara digital. Sean hanya memberitahu password key dan aku boleh terus masuk ke dalam rumah. Tak payah tunggu dia atau staff dia datang untuk buka kan. Very convenient. 

Nak  checkout pun mudah. Beritahu dia melalui WhatsApp. Dah kemas semua, chow je terus. (Bayaran dah dibuat online melalui portal AirBnB).

#TIPS KEDEKUT 
Guna kan link ini TEKAN SINI! untuk dapatkan diskaun AirBnB. 

LOKASI

Pandangan dari apartment
Lokasi unit ini di Tsim Sha Tsui memang amat - amat strategik. It's at the center of EVERYTHING. Turun dari apartment, terus jumpa access ke MTR (keretapi bawah tanah). Jalan sikit, jumpa 7-Eleven. Seberang jalan pula ada hentian bas direct ke Stanley Bay. Jalan sikit lagi boleh jumpa:
1. Kowloon Mosque
2. Supermarket
3. Wet market
4. High end shopping centers
5. Avenue of Stars (tempat untuk lihat Symphony of Lights)
6. Star Ferry Terminal
7. Banyak kedai makan halal


Perlu diingatkan, Tsim Sha Tsui terletak di Kowloon, belah tanah besar. Kira macam duduk di Seberang Perai la, manakala Hong Kong tu macam Pulau Pinang.

Ferry ni lagi best dari feri Penang Baq Hang! HKD 2 je pun
#TIPS KEDEKUT
Dapatkan kad Octopus semasa di Airport (Airport Express counter) untuk memudahkan perjalanan. Kira macam Touch N Go la ni. Boleh beli untuk dewasa, HKD 150 dengan nilai HKD 100 isian. HKD 50 tu sebagai deposit. Jangan risau jika tak habis pakai, bila dah nak balik pulangkan semula di Airport Express Counter dan dapatkan semula baki isian dan HKD 50 deposit.

APARTMENT

It's much bigger than I thought. Apartment ni ada 3 bilik dan 2 bilik air. Dalam group aku ada 9 dewasa dan 3 kanak - kanak. Semua 12 orang selesa duduk dalam ni. Tapi yang laki - laki sado dan muda kena la tidur atas sofa bed di ruang tamu. Kalau takat 5 hari memang takde masalah.
 
Salah satu bilik intermediate
Ruang tamu. Ada TV 60 inci kat hujung tu

Dapur yang simple & functional

Yang bestnya kat sini, boleh masak. Kami yang pergi ni banyak jimat bab makan. Bayangkan berapa Ringgit nak spend kalau 12 orang makan. Ada sekali tu beli large Pizza di Ebenezer Kebab, harganya HKD 130. Gila la, nak dekat RM 75 untuk large pizza! 
Di supermarket boleh je cari makanan Halal. Banyak yang diimport dari Malaysia juga. Ayam frozen yang disembelih pun ada. Buah - buahan dan sayuran di sini rasanya pun mcam lagi sedap dari di Malaysia. Harga pun standard.  

HARGA

Harga untuk 4 malam di apartment yang best ni adalah RM 7733 untuk 12 orang. Kalau bahagikan balik secara purata, RM 644.40 seorang. Dalam RM 161 satu malam untuk seorang. OK sangat la tu! 


Lepas ni, baru kita ke DISNEY LAND!

Siri MISIKU KE DISNEY

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook