Design Village Penang

8:09 AM

AMARAN: JIKA JIWA TAK KENTAL KAWAL ALIRAN WANG, JANGAN BACA REVIEW INI.

Ahad lepas, saya sempat singgah sebentar ke DESIGN VILLAGE di Batu Kawan, Pulau Pinang. Ok lah, takde la juga sebentar - berjam - jam juga la.


Apa pendapat saya tentang tempat ini?
Saya rasa boleh la kot kalau nak beli hartanah di kawasan ni. Ikea juga akan naik tak lama lagi. Haha.

Ok la, dah namanya Outlet Mall, mesti la sembang pasal pengalaman shopping kan? Saya takde la shopping sangat masa pergi haritu. Lebih kepada window shopping je. Tapi ada la juga TER-beli baju sehelai. Bukan senang nak dapat size baju yang muat dengan saiz badan saya ni.

LOKASI
Design Village ni terletak di Bandar Cassia, di bahagian tanah besar Pulau Pinang. Jika dari Kuala Lumpur, ikut susur keluar ke Jambatan Kedua Pulau Pinang (Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah). Bagi saya yang dari Ipoh ni, kos tol dan minyak lebih murah jika ke sini berbanding Mitsui Outlet Park di Sepang (RM 16 sehala dari Tol Ipoh Selatan). Untuk orang utara lokasi Design Village adalah lebih ideal.
Tempat letak kereta juga luas. Ada yang terbuka dan ada yang tertutup dan bertingkat. Buat waktu ini, parkir masih percuma.
Jika malas nak bawa kereta, perkhidmatan bas percuma juga disediakan. Bas shuttle boleh membawa pengunjung dari G Hotel (Gurney), CIMB Prangin Mall (Komtar) dan Summerton (Queensbay) terus ke Design Mall - lihat gambar untuk masa perkhidmatan.



SHOPPING
Design Village bercirikan konsep terbuka (open concept). Sama seperti Johor Premium Outlet dan Freeport A'Famosa Outlet. Dengan cuaca panas dan lembap sepanjang tahun di Malaysia, bersedialah dengan pakaian yang selesa dan nipis. Kalau nak merasa aircon, masuk sahaja ke kedai - kedai yang ada. Dapat la merasa aircon free. Tapi kena la pura - pura macam nak beli barang.
Kedai - kedai yang ada memang berbagai. Kedai jam ada, kedai bingkai cermin mata ada, kedai kasut pun berlambak. Kedai jual baju tak perlu cerita lah. Kedai Padini Concept Store tu saya larat lalu je. Dalam nya penuh dengan manusia. Baju pun bertimbun.
Yang paling mencabar jiwa raga saya adalah kedai jam tangan CITIZEN. Jam yang harga asalnya RM 1000+ dijual dengan harga RM 499. Yang asalnya RM 600+, jadi RM 299. Tapi saya takde la beli. Bukan keperluan lagi. Lebih kepada kemahuan sahaja.
Jika lapar, jangan risau. Ada Wendy's dan Coffee Bean & Tea Leaf untuk melegakan perut - perut yang lapar. Kalau konon nak diet, boleh beli kudap - kudap di 7 Eleven.
Jangan risau nak bawa anak - anak ke sini. Ada train ride dan Merry Go - Round yang boleh dinaiki dengan harga RM 5. Taman mainan pun ada juga. Memang sengaja syarikat ni nak kasi lebur duit. Ayah - ayah tak boleh cakap kat isteri "Kesian kat anak - anak. Nanti bosan." Di sini, anak - anak memang tak bosan.



PENDAPAT ABAM MOfrust
Jika dibandingkan dengan Johor Premium Outlet (JPO) dan Mitsui Outlet Park, Design Village mempunyai lebih variasi produk. Jika di JPO, banyak jualan adalah pakaian dan kasut. Di sini, lebih banyak produk nya. Kedai yang jual wangian pun ada beberapa jenis. Harga pun agak menarik.
Mitsui Outlet Park pula, saya dapati ia tidak banyak variasi nya. Harga barang pun tidak lah semurah mana. Fasa 1 agak kecil, tetapi ia ada banyak ruang untuk penambahan ruang jualan (retail space).
Saya tak dapat buat perbandingan yang baik dengan Freeport A'Famosa kerana semasa saya pergi ke sana tahun lepas, ia masih terlalu baru dibuka. Surau pun tak buka lagi masa tu.
Kesimpulannya, Abam memang recommend korang datang tempat ni untuk shopping. Tapi berpada - pada la. Jangan joli sampai habis duit.


You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook