MISIKU KE DISNEY: FINALE Part 1

8:12 AM




Disneyland. Sepatutnya anak – anak kecil yang gembira, tapi kali ni mak bapak nya yang ter-over gembira. It is definitely the happiest place on Earth. Alhamdulillah, sampai juga ke Disneyland. Berbanding Disneyland lain di dunia (USA, Tokyo, Paris dan Shanghai), Hong Kong Disneyland adalah yang paling kecil di dunia dan mempunyai harga tiket yang paing murah. Kecil pun kecil la, janji enjoy.

Gambar dari Averyethomas.com
TIKET

Harga tiket untuk dewasa adalah HKD 539 (RM 299) dan HKD 385 (RM 214) untuk kanak – kanak. Untuk Tok Nenek yang nak join sekali, harganya lebih murah HKD 100 (RM 56). Ini adalah standard rate dari website Hong Kong Disneyland

Untuk mendapatkan tiket yang lebih murah, boleh layari KLOOK. Terdapat perbezaan yang agak ketara berbanding standard rate, terutama jika pergi dalam kumpulan yang ramai. Harga tiket untuk dewasa adalah HKD 497 (RM 276) manakala kanak – kanak HKD 360 (RM195).

Standard price:
Dewasa: HKD 539 , Kanak - kanak: HKD: 385

KLOOK:
Dewasa: HKD 497, Kanak - kanak: HKD 360

Penjimatan sebanyak: HKD 42 dan HKD 25

*harga untuk single day pass

Bila dah sampai ke Disneyland (jika tempahan melalui KLOOK), tak perlu untuk membeli tiket. Sebaliknya, anda boleh ke self service ticket redemption machine di sebelah kanan pintu masuk utama. Jangan risau jika anda tak reti nak pakai mesin tersebut, petugas yang ditetapkan berhampiran mesin tersebut boleh membantu dengan senyuman!


Ticket Redemption Machine

Mesin pencetak tiket

Tiket Toy Story yang comel
#TIPS KEDEKUT 1
Jika anak anda dah nak dekat umur 3 tahun, bawak dia ke sini beberapa minggu sebelum hari jadinya. Kanak – kanak bawah umur 3 tahun masuk PERCUMA. Jimat HKD 360 (RM 200) tu!

MACAM MANA NAK SAMPAI?

Kalau ada duit lebih dan betul – betul nak enjoy Hong Kong Disneyland, menginap sahaja terus di Disney's Hollywood Hotel atau Hong Kong Disneyland Hotel. Boleh keluar masuk ikut suka dan ada shuttle dari hotel ke taman tema. Kalau duit tak berapa masyuk, nak MTR adalah cara yang paling mudah.


Disney's Hollywood Hotel

Hong Kong Disneyland Hotel
Jika hotel atau apartment yang anda inap terletak di Kowloon atau Pulau Hong Kong, naiki MTR hingga ke stesyen Sunny Bay. Anda mungkin perlu switch lines beberapa kali sebelum tiba ke Sunny Bay. Jika dari Tsim Sha Tsui, perjalanan mengambil masa selama 30 minit dengan dua tukaran keretapi. Download app MTR untuk estimate jarak dan harga perjalanan.


Peta MTR

Setelah sampai ke Sunny Bay, ada sebuah keretapi istimewa untuk membawa anda terus ke Disneyland Station. Budak - budak dah start melompat - lompat bila naik keretapi ini. Décor dalamannya bertemakan Disney. Tingkap keretapi dan pemegang tangan berbentuk kepala Mickey Mouse. Terdapat juga memorabilia Disney dipamerkan di setiap gerabak. Perjalanan ke Disneyland Station mengambil masa kurang dari 10 minit.


Decor Disney

TAK SABAR NAK MASUK




Ingatkan bila sampai Disney and Resort Station dah boleh masuk terus ke taman tema, tetapi perjalanan masih jauh. Nak dekat 1 km kot, nak sampaikan ke pintu masuk utama. Tapi takpe, ada plenty of photo opportunities along the way. Selfie la sepuas – puasnya.

Selfie la puas puas
Go straight, then konar kanan
Waktu operasi Disneyland adalah dari 10.30 pagi hingga 9 malam (semak balik di website, kerana waktu operasi berubah – ubah mengikut musim dan cuaca). Lama kan? Ini ada beberapa tips to get through the day:
1. Bawa stroller.

Jika ada, bawak lah stroller. Tak kisah la anak tu besar mana. Kalau tak bawak, Disneyland ada menyediakan perkhidmatan sewa stroller. This is a life saver. Bila bawa budak – budak kecil, mesti ada yang nak tidur punya halfway through. Kalau tak tidur pun, jenuh merengek - rengek.

Takde stroller, memang seksa

2. Bawa botol air sendiri.

Nak beli air dekat dalam boleh, tapi harga memang kaw punya. Perhabis duit je nanti. Bawa je dua botol air seorang. Di luar hampir setiap tandas akan ada water dispenser untuk refill air. Pastikan minum air dengan banyak semasa di dalam taman tema. It can get really hot.

3. Bawa kain extra.

Bawa kain bersih untuk dijadikan lapik untuk solat. Disneyland tidak menyediakan ruang solat di dalam taman tema. Terdapat banyak ruang – ruang kosong dan terceruk untuk menunaikan solat di keliling taman tema. Kalau boleh, beritahu staff Disneyland untuk mengelakkan apa – apa kekeliruan.


4. Pandai - pandai bawa masuk biskut.

Anak - anak ni biasa lah. Sebelum masuk Disneyland, suruh makan kenyang - kenyang tak nak. Lepas baru satu langkah masuk Disneyland, terus “Papa, lapar….”. Kalau ikutkan, Disneyland MELARANG MEMBAWA MAKANAN DARI LUAR. Tapi, pandai - pandai la letak biskut dan roti di celah - celah baju atau Pampers dalam beg. Jangan la sampai bawak Nasi Kak Wok pulak masuk dalam Disneyland.

5. Pakai pakaian yang selesa dan ringan.

Tak payah la nak pakai tudung lilit kepala bagai. Buat susah je. Ada rides yang boleh basah kuyup, ada rides yang boleh nak tercabut jantung (apakan pula tudung). Pakai yang simple sudah.


Salah satu rides yang boleh basah baju
Part 2 menyesul selepas ini. Aku explain mengenai rides yang ada.

Siri MISIKU KE DISNEY

Bahagian 1: Misiku Ke Disney: Terbang
Bahagian 2: Misiku Ke Disney: AirBnB

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook