MISIKU KE DISNEY: AirBnB
8:55 AMKos sara hidup di Hong Kong memang agak mahal. Di Malaysia, walaupun namanya hotel budget, saiz bilik masih luas. Tapi di Hong Kong, setiap inci ruangan adalah amat berharga. Harga untuk satu lot tempat kereta pun boleh sampai berjuta dolar. A decent hotel di Hong Kong bermula dari RM 300 ke atas, semalam. Kalau nak murah lagi cuba check hostel. Pada tahun 2012, aku ada book bilik untuk dua orang melalui Hostel World dengan harga RM 220 semalam. Lokasi di tengah bandar (Wan Chai) tapi memang kecil gila biliknya. Cukup - cukup untuk tidur.
Masa tahun 2012 badan fit sikit. Boleh la muat berdua. |
Tandas yang cukup - cukup je ruang |
1. Kos yang lebih murah berbanding di hotel.
2. Sesuai untuk kumpulan yang ramai.
Beberapa hari sebelum tiba, Sean akan email dan beritahu cara untuk masuk ke unit tersebut. Yang menarik mengenai system nya adalah, pintu di kunci secara digital. Sean hanya memberitahu password key dan aku boleh terus masuk ke dalam rumah. Tak payah tunggu dia atau staff dia datang untuk buka kan. Very convenient.
Pandangan dari apartment |
Ferry ni lagi best dari feri Penang Baq Hang! HKD 2 je pun |
Salah satu bilik intermediate |
Ruang tamu. Ada TV 60 inci kat hujung tu |
Dapur yang simple & functional |
Siri MISIKU KE DISNEY
0 comments