MISIKU KE DISNEY: Terbang

5:58 AM

Tajuk ni mungkin misleading. Entry ni bukan mengenai Misiku Sado atau Abang Misiku Romantik, tapi entry ini adalah mengenai misi ku (mission) menggahkan diri ke Disneyland Hong Kong (HK Disney).


Ampun maaf dipinta kalau dah tersilap tekan.



Aku ke Hong Kong pada pertengahan bulan September 2016 untuk take advantage of cuti umum. Hari Jumaat cuti Hari Malaysia (16 September). Kalau nak bercuti di Malaysia memang super peak kerana minggu itu juga adalah minggu cuti sekolah.

Kalau ikutkan, September bukan lah bulan terbaik untuk melawat Hong Kong. Cuaca di Hong Kong antara bulan Jun hingga September adalah panas dan lembap. Panasnya pula, kadang - kadang lebih panas dari di Malaysia. Tambahan pula, ia juga waktu ribut taufan sering melanda. Tapi aku redah juga la sebab:

1. Di Malaysia, super peak season. Hotel caj mahal, jalan pun sesak.
2. Cuti panjang - boleh jimat cuti tahunan. 
3. Masuk bulan Oktober, anak kecil ku akan berumur 3 tahun. Kalau umur kurang 3 tahun, tiket masuk Disneyland, Ocean Park & kemudahan awam semua PERCUMA. Umur nak dekat 3 tahun ni pun just nice. Petah bercakap pot pet pot pet & boleh menjiwai dan ingat pengalaman ni sampai bila - bila.

Masa yang sesuai untuk pergi adalah hujung Oktober hingga awal Disember. Cuaca sejuk tapi tak sampai menggigil sampai kena selubung. Just nice.

Untuk MISIKU KE DISNEY ni, aku akan bahagikan kepada beberapa bahagian. First sekali, TERBANG; pengalaman pertama menaiki MALINDO AIR.



MALINDO AIR

Kenapa aku naik Malindo Air?

1. Nak beli Malaysia Airlines dah habis tiket :(

Pung pang pung pang nak decide siapa boleh join trip ni. Tengok - tengok, tinggal tiket business class je - RM 13,000+ seorang (return). Kalau ikutkan, tiket MAS beberapa puluh Ringgit lebih murah dari Malindo Air. Takde promo apa, cuma kena beli awal.

2. Reasonable price

Harga tiket dewasa: RM 838.90 (return)
Harga tiket kanak - kanak: RM 722.90 (return)

3. Tak perlu fikir banyak

Masa naik Air Asia dulu, nak kena kira berapa kilogram barang nak bawa. Kena fikir nak makan ke tak. Check in kena beratur sakan etc. Not so nice experience, especially with kids.

Malindo Air ada
i. Check in baggage 30 kg seorang.

Yang ni baru 22 kg
ii. Makanan tengahari/malam - takde la marvellous atau banyak. Just enough untuk tak lapar bila arrive
iii. Individual entertainment module. Setiap tempat duduk akan ada skrin dengan berbagai TV shows & movies. Ear phones ada diberikan, tapi kualiti bunyinya kurang memuaskan. Lebih baik bawa ear/head phones sendiri.

Touch screen untuk 'Games'
iv. Bantal & selimut - jangan buat bodoh bawak balik pulak ye. Ni untuk pakai masa dalam flight.

#TIPS KEDEKUT 1
Semasa membeli tiket secara online, tak perlu perhabis duit book seats. Malindo Air menyediakan kemudahan online check in 48 jam sebelum penerbangan. Rancang masa betul - betul untuk online seawal mungkin. Masa tu boleh pilih seat secara percuma. Siapa cepat, dia dapat.

#TIPS KEDEKUT 2
Jika ramai yang pergi sekali gus dan banyak bag, lebih baik bawa kenderaan sendiri dan park di Tempat Letak Kenderaan KLIA Blok A (long term parking). KLIA ada package di mana kenderaan yang diletakkan sekurang - kurangnya EMPAT hari, kos adalah RM 144 (flat rate) dan RM 15 untuk setiap hari tambahan. Bayangkan kalau 5 orang naik bas, teksi atau ERL. Kos pergi balik je dah lebih RM 200.

Imej dari Malaysia Airports
PENERBANGAN

Boeing 737
Penerbangan dari KLIA (bukan KLIA2) ke Hong Kong International Airport mengambil masa 3 jam 55 minit Kapal terbang yang digunakan adalah dari jenis Boeing 737. Konfigurasi kedudukan adalah jenis single aisle. Macam dalam bas la lebih kurang. Ada 3 tempat duduk di kiri dan kanan.

Tempat duduk adalah amat selesa (berbanding Air Asia). Ruang kaki selesa untuk diriku yang tinggi dan sedikit 'lebar' (spare tyres). Memuaskan dengan harga tiket yang aku bayar.

Peha yang 'tough' macam ni pun boleh muat
Seperti yang aku mention sebelum ni, makanan disediakan. Biskut dan air mineral akan diberi di awal penerbangan manakala menu utama akan diberikan kemudian. Menu utama akan diberikan sekali dengan secawan minuman (jus atau minuman berkabonat). Makanan dia pun ok la. Boleh tahan. Kenyang...burp! Walaubagaimanapun, jangan harap nak bottomless refill sampai buncit ye.

Paratha & Dhaal
Omelette & sausages
Pramugari dan pramugari Malindo Air pun baik-baik semuanya. Tak perlu risau nak ber speaking speaking, mereka semua dari Malaysia. Cakap BM sudah.

Sebelum mendarat di HKIA, jangan lupa untuk isi borang imigresen. Borang ini diberikan semasa boarding di KLIA.

Secara kesuluruahan, pengalaman yang memuaskan dengan Malindo Air. Flight delay pun takde. Check in pun teratur.

HONG KONG INTERNATIONAL AIRPORT (HKIA)

Setiba di HKIA, boleh nampak a stark difference from KLIA. Mungkin tak boleh compare apples to apples juga sebab HKIA adalah lebih moden dan lebih baru dari KLIA. Kebersihan di HKIA memang tip top. Tandas nya pun amat memuaskan.

Untuk pelancong beragama Islam, ada disediakan prayer room di setiap terminal. Kenapa aku tak mention surau atau musolla? Kerana ia bukan khusus untuk orang Islam sahaja. Istilah yang dipakai adalah NON-DENOMINATIONAL PRAYER ROOM. Bererti, ruang sembahyang untuk semua agama. Jangan risau, boleh pakai. Tempat wudhu yang selesa disediakan. Penanda kiblat juga disediakan.

Terdapat juga Popeye's Chickens and Biscuits di Terminal 1 yang menyediakan makanan Halal (certified by Incorporated Trustees of The Islamic Community Fund of Hong Kong). Sedap juga makanan fast food di sini.

Imej dari Hong Kong Airport
Untuk list restoran Halal yang lain di Hong Kong, boleh download di sini.

Dah sampai Hong Kong, kena la tau macam mana nak pergi ke tempat penginapan kan? 
That's a story for another day (entry).

Siri MISIKU KE DISNEY

Bahagian 2 - Misiku Ke Disney: AirBnB
Bahagian 3 - Misiku Ke Disney: Finale Part 1

You Might Also Like

1 comments

  1. Best casino site 2020 – bonus free spins
    The most amazing luckyclub casino site 2021. We reviewed 10 casinos with bonuses, bonus codes, bonuses and games so that you can start betting  Rating: 3.8 · ‎Review by LuckyClub

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook